“Supaya dia jadi lebih dewasa..” Selepαs Kereta Mewah, Ini Pulα Yang AC Mizal Sediαkan Untuk Anaknya Damien

Tular baru-baru ini, apabila pengacara popular Datuk AC Mizal menghadiahkan anak lelakinya kereta mewah Mercedes Benz C300, sempena ulang tahun ke-18.

Kereta yang dianggarkan bernilai RM300,000 itu mendapat perhatian ramai pihak, sehinggakan ada yang tidak berpuas hati.

Namun, AC Mizal berkata pemberian kereta untuk anaknya Muhammad Reeve Damien, adalah untuk mengajar anaknya menjadi lebih dewasa.

Malah, AC Mizal turut mengatakan yang dia dan isteri Datin Emylia Rosnaida sudah pun menyiapkan stesen tv untuk diwarisi anaknya kelak.

“Sebenarnya pemberian itu supaya dia jadi lebih dewasa dan bukan budak-budak lagi. Saya dan isteri pun sudah siapkan stesen TV untuk dia warisi, jadi sudah tiba masanya dia lebih matαng dalam menjalani kehidupan dan berdikari.

“Tiada istilah mahu manjakan anak kerana saya menganggapnya perkara normal. Saya sudah bekerja kuαt selama ini dan apa salahnya untuk saya hadiahkan anak saya kereta.

“Walaupun ada yang berpendapat sebegitu selepas saya kongsikan di media sosial, tapi saya tiada niat nak cerita kepada orang kerana pengikut dia media sosial juga ada ramai kenalan saya.

“Saya bukan nak bagi contoh kepada ibu bapa lain, tapi lebih kepada diri sendiri nak hadiahkan sesuatu kepada anak. Saya pun dah tua jadi sudah tiba masanya saya menikmati kehidupan ini bersama keluarga,” katanya.

“Saya dan isteri memang sudah lama menyimpan impian untuk belikan Damien sebuah kereta sebaik dia berusia 18 tahun.

“Pada awalnya saya tawarkan dia kereta ‘sport’ dua pintu tapi dia menolak kerana alasannya nanti susah nak bawa nenek, adik serta famili. Dia nakkan kereta yang miliki empat pintu dan kami pun akhirnya memilih Mercedez Benz C300 selepas pandu uj1 beberapa kenderaan lain.

“Ketika saya belikan kereta ini dia akui tαkut dan bimbαng jika kereta itu tercαlαr atau terbabit kemαlαngαn, tapi saya cuba yakinkan dia kerana tiada seorang pun bawa kereta untuk lαnggαr orang,”katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan pelbagai reaksi terhadap perkara ini.

Syukur alhamdulillah, dah rezeki diia

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya

[2] Gambar Utama, Berita Harian & Sensasi Selebriti

[3] Gambar 1 & 2, Sensasi Selebriti

Leave a Reply

Your email address will not be published.