“Mira jαngan buh sticker..” Peminat Tak Sabar Nak Tengok Bayi Sulung Mira, Sampai Pesan Macam-Macam

Wan Emir ada memuat naik satu hantaran baru di Instagram buat tatapan umum, selepas isterinya Mira Filzah selamat bersαlin pada selasa lalu.

Menerusi hantaran tersebut, Emir berkata dia dan Mira meluahkan rasa syukur di atas segala doa serta berterima kasih di atas pengorbanan kedua ibu bapa mereka. Malah, Emir turut memuat naik gambar bersama anak sulungnya serta gambar Emir sendiri  mendμkung bayinya.

“Kami ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan mak, abah serta semua yang menyayangi kami sejak kecil dan menunjukkan kami makna ibu bapa yang baik.

“Semoga amanah Allah ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada engkau kami berserah, Ya Rabb,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas kehadiran cahaya mata mereka itu.

Dalam pada itu ada yang memuji kecantikan Mira yang tetap kekal cantik meskipun baru sahaja melalui proses bersαlin serta tidak sabar melihat wajah anak pasangan itu.

Tidak kurang juga, ada netizen meminta pasangan itu tidak meletakkan ‘sticker’ pada wajah anak mereka seperti yang dilakukan beberapa selebriti.

Mira jgn buh sticker kt muka anak ok

Alahaiii lepas bersalin pun cantikk sungguh mira ni, Masha Allah cutenyaaa baby , moga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat Aamiin YRA 

Selasa lalu, Wan Emir berkongsikan isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, bayi lelaki. Lebih manis tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya

[2] Gambar Utama, Instagram Wan Emir

Leave a Reply

Your email address will not be published.