“Dia adalah cinta pertama saya..” Tak Mahu Kongsi Kisah Cinta Dengan Mr E Lagi, Sebαbnyα Didedαhkαn

Pelakon Ruhainies kini ingin lebih berhati-hati dengan setiap apa yang ingin dikongsikan selepas ini.

Menurut Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 28, atau lebih dikenali sebagai Ruhainies, mengatakan dia tidak lagi mahu berkongsi kisah cintanya bersama Mr E untuk tatapan orang ramai.

Kata Ruahinies, dia dulu sering berkongsi mengenai kekasih hati, kerana ia adalah cinta pertamanya.

“Saya banyak belajar daripada pengalaman sebelum ini. Mungkin dulu saya sering berkongsi mengenai kekasih hati kerana dia adalah cinta pertama saya.

“Tipulah kalau saya tak teruja dan gembira berkongsi rasa hati yang berbunga-bunga. Namun, semakin menginjαk usia, semakin saya sedar ada perkara yang perlu saya simpan.

“Jadi, sekarang ini saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan perkara berkaitan bidang hiburan. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.

Tambahan, Ruhainies mengatakan dia tidak lagi mahu membicarakan mengenai kisah cinta dan jodoh, dan hanya mahu serahkan kepada Allah untuk jodoh yang terbaik.

“Saya tak mahu ulαs mengenai kisah cinta dan jodoh. Biarlah saya dan keluarga saja tahu. Saya serahkan kepada Allah kerana Dia lebih tahu. Doakan saya dikurniakan jodoh yang terbaik,” katanya.

Sebagai rekod, Ruhainies bakal membintangi karya bergenre komedi romentik, Sori Naik Lori bersama Nazim Othman.

Siri original iQiyi itu bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Harian Metro

[2] Gambar Utama, Viral Purba & Komedi Media

[3] Gambar 1, Rotikaya

[4] Gambar 2, Viral Purba

Leave a Reply

Your email address will not be published.