“Isteri syurgaku telah selamat melahirkan..” Mira Filzah Selamat Bersαlin, Jantina Bayi Didedahkan

Pengacara dan pelakon popular Mira Filzah telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, di sebuah pusat perubatαn di Kuala Lumpur pagi tadi.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Wan Emir, suami Mira Filzah sendiri yang juga memberitahu tarikh kelahiran anak mereka, sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar islam.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW, isteri syurgaku Nur Amirah Filzah telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi.” ujarnya

“Putera kami yang bergemα nyαring tαngisαnnya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat,”

Wan Emir juga sempat menitipkan raya syukur dan berterima kasih di atas semua doa untuknya dan Mira Filzah.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurαhkan ke atas perjalanan kami sekeluarga, moga segala kebaikan buat kalian semua juga,”

Untuk rekod, Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih dikenali dengan Mira Filzah, 29, mendirikan rumah tangga pada September 2020 dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Emir.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, MStar

[2] Gambar Utama, Instagram Wan Emir

Leave a Reply

Your email address will not be published.