Penyanyi dan usahawan k0ntr0versi Ahmad Iqbal Zulkefli mengotakan janjinya untuk mengagihkan duit raya kepada orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Iqbal, duit raya yang disediakannya adalah sebanyak RM100,000, dan setakat ini hanya RM30,000 sahaja baru digunakan.
“Assalamualaikum. Malam ini saya akan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA 2).”
“Saya nak beri duit raya lagi memandangkan saya sudah berjanji untuk beri duit raya.”
“Setakat ini saya baru belanjakan sebanyak RM30,000. Saya kena tunaikan janji saya kepada masyarakat untuk beri duit raya,” katanya di InstaStory.
Selain itu, Iqbal juga mengatakan dia akan mengagihkan duit raya secara rαwak.
“Saya beri tidaklah banyak. Ada RM5, RM10. Paling banyak mungkin RM50. Saya akan beri secara ra’wak.
Iqbal juga meminta bantuan jika ada sesiapa yang dapat membantunya menukar duit RM100,000 kepada duit kecil supaya lebih ramai yang dapat merasa duit raya.
“Saya juga memerlukan duit kecil. Kalau ada siapa boleh sediakan untuk saya dalam RM10,000, saya mahu tukar. Mohon ban’tuan supaya lebih ramai lagi yang dapat duit raya,”
Pada masa yang sama, Iqbal berharap agar orang ramai tidak meny3rbunya nanti, kerana dia akan memberikan duit raya kepada sesiapa yang berada di sana sahaja.
Terdahulu, Iqbal memberitahu telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang masih bayi dan memohon doa agar dia dapat menjaga anaknya itu dengan sempurna.
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Kosmo dan Rotikaya
[2] Gambar Utama,