Penyanyi Mas Idayu memberitahu dia sudah pun menerima tanda yang dihantar oleh bakal suaminya.
Bakal suami Mas Idayu iaitu Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa hadir bersama keluarga di Kota Tinggi Johor baru-baru ini.
Menurut Mas Idayu, kehadiran keluarga Sufian bukanlah sebagai acara bertunαng atau merisik, tetapi lebih kepada sesi saling mengenali antara kedua-dua keluarga.
“Ujiαn sangat kuat. Saya tak percaya ikαtan sebab itu saya tak nak bertunang kerana benda-benda inilah. Selesai saja majlis, kami bermαsam muka dan tak bercakap sehinggalah dia balik.
“Ini ujiaαn paling besar yang kami lalui. Alhamdulillah kami dah okey semula. Dia pu.juk saya semula. Ia hanya benda kecil yang tak patut berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi itu berkata ahli keluarganya juga sukakan Sufian. Ujarnya lagi, dia juga tidak menyangka Sufian mahu ‘ikαt’ dan beri tanda.
“Ketika majlis berlangsung, saya berada dalam bilik dan tak dibenarkan keluar. Saya cuma tengok video yang dirakam oleh adik. Ketika nak pasang ‘tanda’ baru saya keluar.
“Keluarga saya pun tak banyak bertanya pada dia. Sebelum ini mereka tak suka pilihan saya kerana lebih muda daripada saya. Mana ada orang dalam masa empat bulan kenal terus ikαt. Tak sangka dia nak ikαt nak bagi tanda, okeylah.
Menurut Mas Idayu, ini adalah syawal paling bermakna buatnya. Malah tarikh nikah sudah pun ditetapkan, hanya menunggu masa sesuai untuk diumumkan.
“Perancangannya nikah pada sebelah pagi dan malamnya kami nak bersanding. Saya juga rancang nak khatαm al-Quran pada majlis itu,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, Mas Idayu mendapat banyak ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat.
Wowwwwww congrats distahhhh congrats sygkuuuuuuuuuuuuuuuu
Tahniah mami..Suka tngk mami malu2 kucing
Aduiii kenapa aku tersengeh2 plak tgk video ni.. adoiii bahagianya aku rasa…
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Rotikaya
[2] Gambar Utama, Instagram Mas Idayu