Hampir 4 bulan menimang cahaya mata sulung, Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail masih kekal dengan pendirian untuk tidak mende’dahkan wajah anak mereka kepada umum.
Tapi, baru-baru ini viral di TikTok, dimana seorang pengguna bernama @Natasha Maria Khan didakwa sebagai saudara dari Kelantan, memberi gambaran wajah Bilal selepas ditunjuk oleh ibu Neelofa semasa pulang ke Pasir Mas.
Katanya, Bilal mempunyai rupa yang segak serta seakan sama dengan anak Noor Nabila iaitu Jebat Jayden.
“Dapat la juga tengok latest wajah Bilal. Segak betul Bilal. Kulit putih pink nah. Masa lahir hari tu muka Lofa (Neelofa).”
“Ni (sekarang) dah muka Haris. Sikit-sikit ada macam Jayden. Tengok Bilal dalam telefon bimbit mama (Noor Kartini) pun jadi la,” katanya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang lebih rasa teruja untuk melihat wajah Bilal.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka seolah dapat membayangkan wajah Bilal serta mendoakan anak pasangan selebriti itu membesar dengan sihat.
Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Komen netizen:
“Alhamdulillah…moga Bilal membesar dgn sihat…aamiinn…”
” Anak dia hak dia dh thu netizen cmne apa u buat ttpnslh family dia pn dh bnyk isu go’sip ntj babit anak lg su’sah”
“Ambik video ni lofa dh pesan siap ke jgn tnjuk muka bilal?..jmp smua org mmg dia pesan bnda tg sma ek sbb xde yg tngkp tnjuk muka bilal”
“Penyakit ain tu memang ade. Pernah kena mase anak no 2 .. post gmbr dlm pntg ,,start haritu mera’gam je setiap mlm. Biase la mungkin ade yg ‘dengki’.”
“Aku kalau Lofa tunjuk aku tenguk..kalau Lofa tak tunjuk aku okay je..doa yg baik2 je.. ank Elly 2 tu siap tam’pal stiker takda plk org bi’sing2..”
“Sbnr pykit y owg ckp tu klu tjuk ke xtjuk klu nk kene akn kene jgk. Ats kuasa die sbnr ye. Ada jgk owg ckp bile ank dpt duit beria nk tjuk2.”
Sumber:
[1] Rujukan, Rotikaya
[2] Gambar utama, Redaksi dan Berita Harian