Pasangan pelakon berpengalaman, Ellie Suriaty dan Azri Iskandar dikhabarkan sah berce’rai dalam satu prosiding Mahka’mah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pagi tadi.
Menurut satu laporan, Ellie atau nama sebenarnya, Ellie Suriaty Omar telah melaporkan permohonan ce’rai ke atas suaminya, Azri, 54, sebelum Ramadan lalu.
Ulasan Azri seperti berikut,
“Ya betul, saya dah ce’raikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak berga’duh pun.”
“Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang.”
“Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita.” katanya.
Kata Ellie pula, perce’raian berlaku kerana tiada lagi keserasian antara mereka selepas hampir 20 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.
“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri,” ujarnya.
Terdahulu
Ellie dan Azri berkahwin pada 2003 dah hasil perkongsian hidup hampir dua dekad, pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.
Anak keduanya, Nur Aliah Omar Iskandar mening’gal dunia selepas 15 minit dilahirkan, manakala anak keempatnya, Ahmad Muhammad Iskandar mening’gal dunia dalam kandungan berusia lima bulan ketika penggambaran filem Penang’gal.
Komen netizen:
“Sultan Baginda Masai: Dah ta’mat tempoh bersama.. Dlm erti kata lain jodoh dah ta’mat kontrek.”
“Sunita Jamaludin: Dah tertulis jodoh hanya sampai harini je..Baguslah tak buka @ib pasangan,malah memuji lagi pasangannya..”
“Waziha Wahid: Sayangnya lahai…dkt 20 thn tu”
“Dgsiti Agismail: Moga tabah..”
“Erine Eyunie: Bersabar lh. .jodoh stkt tu ja”
Sumber:
[1] Rujukan, Kosmo dan Gempak
[2] Gambar utama, NST dan astroawani/budiey/myinfotaip