Semalam merupakan sesi persekolahan baru untuk penggal ini dan pelbagai karenah yang dapat dilihat selepas sekian lama tidak bersekolah.
Ibu bapa juga turut teruja malah berdebar-debar apabila melihat anak kesayangan mereka melangkah ke sekolah untuk pertama kalinya.
Berbeza pula kali ini, apabila seorang pengguna Tiktok, yang dikenali sebagai @sweetiepi418 berkongsi momen se’bak apabila anak buahnya pertama kali ke tadika.
Apa yang meyedihkan adalah permintaan anak buah kepada @sweetiepi418 yang mahukan mela’wat pusara ibunya selepas sesi persekolahan itu.
Tetapi dengan syarat, kanak-kanak itu tidak boleh menangis dan berjaya ditunaikan.
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet se’bak dengan situasi tersebut dek kanak-kanak kecil itu perlu berdikar tanpa kehadiran insan bernama ibu.
Selain itu, ada juga yang mendoakan agar kanak-kanak itu membesar dan menjadi anak solehah dan mampu membanggakan orang tuanya.
“Allahhuakhbar acik pulak yg sebak. Semoga adk menjadi ank yg solehah berjaya didunia n diakhirat aamiin.”
“semoga adik menjadi anak yg berjaya dan dpt memberi syafaat kpd org tua dan keluargamu di akhirat kelak”
“Belajar rajin2 ye syg.. Acik doa kn adk berjaya dunia n akhirt.semoga jd ank y solehah.”
Sumber:
[1] Rujukan, Oh My Media
[2] Gambar dan video, @sweetiepi418